Wednesday, March 21, 2012

LAMAN SOAL JAWAB AGAMA: 150 JALAN UNTUK BERBAKTI KEPADA IBU

"sesungguhnya kamu akan menyesal ketika kehabisan kedit" riwayat al baki bin al top up.

adakah ini menghina hadis ustaz?? boleh murtad atau munafik ker?? klu kita x bermaksud pon yg kite nk hina adakah dikira skali??? 

Friday, March 16, 2012

Asas2


   Sebelum kita membaca tentang agama Islam ini.. kita hendaklah tahu tentang asas-asas yang penting tentang agama islam...



Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat




MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT

Mengucap dua kalimah syahadah iaitu setelah mengucap 2 kalimah Syahadah fardhu untuk            
menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum Islam dan sesama Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak mentaati perintah Allah iaitu 5 Rukun Amal Islam.

 Amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, iaitu mengajak manusia kepada Kebaikan utama iaitu mengucapkan Kalimah Syahadah ini dan mencegah kemunkaran iaitu manusia tidak mengaku Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah. Hukum Fardhu Ain kepada semua manusia yang telah mengucapkan Kalimah Syahadah untuk mendakwahkannya dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid. 




"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." ((Surah Ali ‘Imran : 18)









SOLAT




Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan. 


" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlahsolat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103) 




Waktu Solat telah ditentukan masanya
  • Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
  • Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
  • Solat Asar (Waktu petang)
  • Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
  • Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)




PUASA

menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah

Syarat wajib
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim

Syarat Sah
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat

Rukun Puasa
a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari


Perkara makruh ketika berpuasa
 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad


Niat Puasa


Sahaja Aku berpuasa Esok Hari Dalam Bulan Ramadhan  kerana Allah Taala.





ZAKAT

Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. 


MENUNAIKAN HAJI

Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka. 

 Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97)